Tuesday, 3 May 2016

IKATAN SILATURAHIM FASA 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kami berempat telah berjaya menyempurnakan Ikatan Silaturahim fasa 1 pada 30 April yang lepas. Kami berempat telah bergerak dari Universiti Malaya ke Rumah Bakti Nur Syaheera pada jam 7.30 am. Setibanya kami di sana, kami terus membahagikan tugas masing-masing. Sedikit ucapan telah diberikan oleh pengarah program, Syazwan sebelum bermulanya sesi senamrobik yang diketuai oleh Faiz.

Rumah Bakti Nur Syaheera

Is it too late now to say sorry?
'Cause i'm missing more than just your body, oh~~

Seterusnya bermula sesi icebreaking 1 yang bernama 10 sen.. 20 sen.. yang diketuai oleh Faiz. Berebut-rebut peserta mencari pasangan masing-masing agar tidak tersingkir awal. Huhuh~~~.
Kemudian sesi icebreaking 2, bunyi dan cheers haiwan yang diketuai oleh Syazwan. Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan ayam, itik, harimau dan kucing. Cheers kumpulan Harimau dan kumpulan Ayam masing-masing seperti musuh ketat. Heheh.

Masing-masing sedang memikirkan cheers kumpulan masing-masing.

Kemudian terus kepada sesi LDK 1 (Botol Air) yang diketuai oleh Husna. Setiap kumpulan perlu mencari penyelesaian bagaimana untuk pindahkan air dari satu botol ke botol yang lain dengan menggunakan tali rafia sahaja.

Si kecik mampu lihat je.

Seterusnya makan pagi dan sesi perkongsian selama 15 minit. Di sini kami telah menceritakan sedikit pengalaman kami sepanjang menjadi pelajar di sekolah dan di universiti serta telah memberikan semangat kepada peserta untuk maju jaya dalam pelajaran.

Kemudian tiba ke LDK 2 (Decoration) yang diketuai oleh Mierra. Setiap kumpulan perlu membuat satu superhero baru dengan menggunakan surat khabar.

Tadaa~~~~ Superhero!!!

Jam telah menunjukkan pukul 11 pagi. Sesi terakhir iaitu sesi Revision. Sebagai bakal pendidik, kamu telah mengambil kesempatan ini untuk mengajar peserta matapelajaran yang mereka lemah. Ramai di antara mereka meminta kami mengajar subjek Matematik. Nasib baik kami masih ingat macam mana nak selesaikannya. Hahah~~

Kemudian bersurai pada jam 12.30 tengahari memandangkan peserta perlu bersiap-siap untuk ke kenduri.

Jumpa lagi pada Fasa 2.