Tuesday, 3 May 2016

IKATAN SILATURAHIM FASA 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kami berempat telah berjaya menyempurnakan Ikatan Silaturahim fasa 1 pada 30 April yang lepas. Kami berempat telah bergerak dari Universiti Malaya ke Rumah Bakti Nur Syaheera pada jam 7.30 am. Setibanya kami di sana, kami terus membahagikan tugas masing-masing. Sedikit ucapan telah diberikan oleh pengarah program, Syazwan sebelum bermulanya sesi senamrobik yang diketuai oleh Faiz.

Rumah Bakti Nur Syaheera

Is it too late now to say sorry?
'Cause i'm missing more than just your body, oh~~

Seterusnya bermula sesi icebreaking 1 yang bernama 10 sen.. 20 sen.. yang diketuai oleh Faiz. Berebut-rebut peserta mencari pasangan masing-masing agar tidak tersingkir awal. Huhuh~~~.
Kemudian sesi icebreaking 2, bunyi dan cheers haiwan yang diketuai oleh Syazwan. Peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan ayam, itik, harimau dan kucing. Cheers kumpulan Harimau dan kumpulan Ayam masing-masing seperti musuh ketat. Heheh.

Masing-masing sedang memikirkan cheers kumpulan masing-masing.

Kemudian terus kepada sesi LDK 1 (Botol Air) yang diketuai oleh Husna. Setiap kumpulan perlu mencari penyelesaian bagaimana untuk pindahkan air dari satu botol ke botol yang lain dengan menggunakan tali rafia sahaja.

Si kecik mampu lihat je.

Seterusnya makan pagi dan sesi perkongsian selama 15 minit. Di sini kami telah menceritakan sedikit pengalaman kami sepanjang menjadi pelajar di sekolah dan di universiti serta telah memberikan semangat kepada peserta untuk maju jaya dalam pelajaran.

Kemudian tiba ke LDK 2 (Decoration) yang diketuai oleh Mierra. Setiap kumpulan perlu membuat satu superhero baru dengan menggunakan surat khabar.

Tadaa~~~~ Superhero!!!

Jam telah menunjukkan pukul 11 pagi. Sesi terakhir iaitu sesi Revision. Sebagai bakal pendidik, kamu telah mengambil kesempatan ini untuk mengajar peserta matapelajaran yang mereka lemah. Ramai di antara mereka meminta kami mengajar subjek Matematik. Nasib baik kami masih ingat macam mana nak selesaikannya. Hahah~~

Kemudian bersurai pada jam 12.30 tengahari memandangkan peserta perlu bersiap-siap untuk ke kenduri.

Jumpa lagi pada Fasa 2.

Friday, 29 April 2016

GERAK KERJA 2 (29 APRIL 2016)

GERAK KERJA 2
Tarikh : 29 April 2016
Masa : 8.00 pm - 1.00 am
Tempat : Dataran Sastera, Fakulti Sains Sosial dan Sastera, Universiti Malaya

Pada pukul 8 pm kami telah membeli semua makanan dan barang LDK untuk dibawa pada hari esok. Selepas itu kami terus membuat gerak kerja pada pukul 11 pm di Dataran Sastera. Gerak kerja pada kali ini adalah untuk membuat persiapan akhir sebelum program pada hari esok.

Sibuk check barang keperluan

Selepas itu kami memantapkan lagi tarian kami agar semuanya berjalan dengan lancar.

Satu-satu mimpi... Di dalam hidupku ini~~~

Tepat jam 1 am kami habis gerak kerja 2.

Harap semuanya berjalan dengan lancar pada hari esok


GERAK KERJA 1 (28 APRIL 2016)

GERAK KERJA 1
Tarikh : 28 April 2016
Masa : 10.00 pm - 12.00 am
Tempat : Dataran Sains, Fakulti Sains, Universiti Malaya

Setelah beberapa kali meeting, semua perbincangan dan masalah berjaya diatasi. Tiba masanya untuk gerak kerja pertama program Ikatan Kasih 2.0. Antara agenda gerak kerja 1 ialah pembahagian icebreaking dan LDK kepada semua fasi dan belajar step menari.

Antara icebreaking yang kami akan buat pada hari program fasa 1 ialah permainan 10 sen 20 sen di mana setiap peserta akan diberi nilai ringgit dan dikehendaki membuat satu kempulan yang memounyai beberapa ringgit. Kedua, modul yang bernama bunyi haiwan. Peserta diminta untuk mencabut satu kertas dan mencari ahli kumpulan dengan hanya mengeluarkan bunyi haiwan sahaja. Setelah membuat kumpulan, mereka diminta untuk membuat satu cheers kumpulan.

Antara LDK yang kami bakal buat ialah permainan botol di mana peserta diminta mengalihkan air dari satu botol ke botol yang lain dengan hanya menggunakan tali rafia. LDK kedua ialah decorate. Semua kumpulan diminta membuat superhero dengan menggunakan surat khabar. Kemudian memperagakannya.

Kemudia kami akan membuat beberapa tarian untuk menceriakan lagi program. Antara tarian yang dibuat ialah "penguin dance" dan Realiti Insan.

Gerak kerja kami berakhir pada pukul 12.00 pm.