GERAK KERJA 1
Tarikh : 28 April 2016
Masa : 10.00 pm - 12.00 am
Tempat : Dataran Sains, Fakulti Sains, Universiti Malaya
Setelah beberapa kali meeting, semua perbincangan dan masalah berjaya diatasi. Tiba masanya untuk gerak kerja pertama program Ikatan Kasih 2.0. Antara agenda gerak kerja 1 ialah pembahagian icebreaking dan LDK kepada semua fasi dan belajar step menari.
Antara icebreaking yang kami akan buat pada hari program fasa 1 ialah permainan 10 sen 20 sen di mana setiap peserta akan diberi nilai ringgit dan dikehendaki membuat satu kempulan yang memounyai beberapa ringgit. Kedua, modul yang bernama bunyi haiwan. Peserta diminta untuk mencabut satu kertas dan mencari ahli kumpulan dengan hanya mengeluarkan bunyi haiwan sahaja. Setelah membuat kumpulan, mereka diminta untuk membuat satu cheers kumpulan.
Antara LDK yang kami bakal buat ialah permainan botol di mana peserta diminta mengalihkan air dari satu botol ke botol yang lain dengan hanya menggunakan tali rafia. LDK kedua ialah decorate. Semua kumpulan diminta membuat superhero dengan menggunakan surat khabar. Kemudian memperagakannya.
Kemudia kami akan membuat beberapa tarian untuk menceriakan lagi program. Antara tarian yang dibuat ialah "penguin dance" dan Realiti Insan.
Gerak kerja kami berakhir pada pukul 12.00 pm.
No comments:
Post a Comment